Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kritikan Di Laman Sosial...

KUALA LUMPUR - Komen dan kritikan negatif terhadap pemimpin di laman sosial milik...

Pas Melaka Gesa Boikot...

MELAKA: Pas Melaka menyeru seluruh umat Islam di negara ini memboikot barangan dari...

Mangsa Langgar Lari Di...

PUTRAJAYA - Seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi maut setelah dirempuh...

3 Pusat Pemindahan Dibuka...

IPOH - Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh Perak berikutan banjir...

Darjah Kebesaran Bukan Untuk Sokong Pemimpin Semata-Mata

LANGKAWI – Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negara dan bukannya mereka yang menyokong pemimpin yang memerintah semata-mata, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, penganugerahan ini tidak seharusnya diberikan sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

“Masa (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (menerajui pemerintahan) dulu semua orang dapat hadiah supaya sokong Najib. Kita (Kerajaan Pakatan Harapan) tak bagi hadiah. Tapi kita nak bagi kepada orang yang patut dapat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Istana Negara untuk tidak memberi anugerah kebesaran sempena sambutan Keputeraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 Sept ini.

“Saya tak tahu sebab apa (tiada penganugerahan kebesaran) tapi saya ingat sebabnya waktu ini kita tak tahu siapa kita nak bagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menyelar kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini yang menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai sia-sia.

Menurutnya keputusan kerajaan itu dibuat setelah mengambilkira kemampuan kewangan semasa negara.


“Kita tak ada duit (untuk meneruskan projek ECRL ini) pasal duit itu orang tertentu curi, sebab itu kita tak boleh bayar.

“Kalau Pemuda UMNO boleh kutip sebanyak RM55 bilion (kos untuk projek itu), kita boleh teruskan dengan ECRL ini,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, tiba di sini untuk lawatan singkat bertemu mangsa bencana ribut dan banjir kilat di Kuala Teriang baru-baru ini. – BERNAMA

Kategori