Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Felcra: Kawasan Baharu Sedang...

ROMPIN - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang mengenal pasti kawasan luar...

Sukar Untuk PAS Di...

KOTA BHARU - PAS mengakui bahawa parti itu sukar untuk mencapai kemenangan pada...

Lelaki Ugut Bunuh Pekerja...

Kuala Lumpur : Lelaki yang menggugut untuk membunuh pekerja restoran di Taman Cheras,...

Enakmen Halal Negeri Selangor...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan membuat pemindaan terhadap Enakmen Halal Negeri supaya...

Datuk Dipenjara 5 Tahun Mengaku Salah Cabul Cucu

KOTA BHARU – Seorang penoreh getah berusia 69 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap kesalahan mencabul cucu tiri yang kurang upaya (OKU) berusia tujuh tahun, Sabtu lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa dengan sengaja menyentuh cucu tirinya yang juga lembam berusia tujuh tahun dengan tujuan membangkitkan nafsu di sebuah rumah di Ketereh pada jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah terlalu tua

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad kemudiannya memohon supaya hukuman berat kerana kesalahan yang serius itu perlu mengambil kira kepentingan awam.


“Tertuduh sebagai atuk sepatutnya menjaga cucunya, sebaliknya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang OKU lembam. Hukuman berat dan sebat perlu diberikan sebagai pengajaran supaya tertuduh insaf dengan perbuatannya,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Bazli memutuskan hukuman lima tahun dari tarikh ditangkap.

Berdasarkan fakta kes, bapa mangsa yang pulang dari klinik mendapati anaknya itu tiada di ruang tamu rumah sebelum mencarinya di bilik ibunya dan mendapati ayah tirinya itu berada di atas badan anaknya itu dalam keadaan kedua-duanya berbogel di atas katil.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kok Lanas. – BH Online

Kategori