Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dr Suhaini Tokoh Perdana...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah...

‘JDT Cafe’ Konsep Kontena,...

KUALA LUMPUR - Pembinaan `Johor Darul Ta'zim (JDT) Cafe' di Padang Seri Gelam,...

Zulfadli, Chun Seang ‘Kantoi’...

PERBUALAN dua pemain badminton negara yang digantung semalam, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun...

Autisme Tidak Halang Aziq...

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan...

Despatch Maut Ditimpa Pokok Tumbang

ROMPIN – Seorang despatch maut akibat ditimpa pokok yang tumbang semasa melalui Jalan Masjid, berhampiran sebuah motel tinggal di Muadzam Shah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pada kejadian pukul 5 petang itu, mangsa Noor Mohd Farhan Mohmad (ulang: Mohmad) Noor, 31, dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Bandar Satelit di sini, selepas menghantar barang.

“Pokok jenis akasia di tepi jalan tumbang semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 melalui jalan itu dan tepat mengenainya.

“Semasa kejadian, kawasan tersebut sedang dilanda angin kencang selama kira-kira 15 minit diikuti dengan hujan lebat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azli berkata jenazah mangsa yang menetap di Keratong 1, Bandar Tun Razak di sini dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.


Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Kategori