KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat berlangsung secara lebih demokratik pada era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, semasa era kerajaan BN, masa lebih lama diberikan Parlimen untuk sesi jawapan oleh menteri.
Bagaimanapun, katanya, sekarang sesi jawapan setiap menteri ke atas perbahasan titah diraja dihadkan masanya kepada cuma 45 minit.
“Senanglah, bila diasak dengan soalan, menteri boleh elak dengan jawab, “Masa terhad Yang Berhormat”.
“Zaman BN dulu, masa lebih luas diberikan. Lebih demokratik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini
Justeru, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada bekas Marsyidul Am PAS itu menyindir kerajaan Pakatan Harapan kerana menjanjikan Malaysia yang lebih demokratik. – MYNEWSHUB.TV