Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Felda United Kukuhkan Cengkaman...

FELDA United FC mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila mengejutkan pasukan Kelantan dengan...

Catatan 4 Atlet Paralimpik...

RIO DE JANEIRO - Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada...

Lebih 14,000 Pemandu Pelancong...

KUALA LUMPUR - Seramai 14,270 pemandu pelancong telah dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan...

Jokowi Menang Pilihan Raya...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi diumumkan memenangi Pilihan...

Dharma Raj Sasar Podium Pada Sukan Asia 2018

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara tekad akan mempamerkan aksi terbaik bagi meraih kedudukan podium pada Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Indonesia, pertengahan bulan ini.

Ketua jurulatihnya, Muhammad Dharma Raj Abdullah melahirkan keyakinan anak buahnya mampu memberi saingan terhadap beberapa gergasi Asia seperti Korea Selatan, China dan Jepun selepas pasukannya​​​​​​​ menjalani latihan intensif dan beberapa perlawanan ujian di luar negara, baru-baru ini.

“Kita pergi ke Jakarta bukan hanya untuk melengkapkan penyertaan…kita akan menampilkan prestasi terbaik untuk meraih kedudukan podium walaupun kita tahu lawan bakal dihadapi agak mantap terutama Jepun yang membariskan beberapa pemain beraksi pada Piala Dunia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini hari ini.

Muhammad Dharma Raj berkata beliau akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain ke Sukan Asia, minggu depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan, manakala juara bertahan ​​​​​​​Korea Selatan mengetuai Kumpulan B terdiri India, Thailand, Kazakhstan dan tuan rumah Indonesia.


Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah memenangi pingat gangsa ketika acara hoki wanita diperkenalkan buat pertama kali pada Sukan Asia di New Delhi, India pada 1982. – BERNAMA

Kategori