Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pihak Terlibat Curi Air...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan mendakwa beberapa...

Tak Wajib Serai Jadi...

IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di...

Ibu Marah Anak Dihalau...

DALLAS - Seorang ibu di Texas, Amerika Syarikat (AS), Kim Shappley sanggup memperjuangkan hak...

Mia Ahmad Banyak Pakai...

Pelakon Mia Ahmad yang bakal diijab kabulkan pada 13 Januari ini, memberitahu, dia...

Didakwa Kerana Komen Jelik Terhadap Kesultanan Kelantan

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memuat naik status dan komen jelik di akaun laman sosial Instagram miliknya dengan niat menyakiti hati, menganiaya serta mengganggu institusi Kesultanan Kelantan, April lalu.

Tertuduh, Nik Muhammad Hafilzul Adzhar Abdul Razak, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perkara itu pada jam 9.30 malam, 4 April lalu.

Tertuduh dikatakan memuat naik status dengan membahasakan dirinya ‘Beta’ dan komen mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan anak angkat kepada Sultan Muhammad V.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama iaitu denda RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas sabitan, jika didapati bersalah.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin mecadangkan jaminan RM10,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 September depan. – BH Online

Kategori