Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RM31.2 Bilion Tingkat Ketenteraan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan tahap...

KP MSN Nafi Bersekongkol...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail...

Mohamad Sabu Bertemu Presiden...

KUALA LUMPUR - Ancaman pengganas Daesh dan isu penduduk etnik Rohingya antara perkara...

Ratifikasi ICERD Satu Malapetaka...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Dilarang Pakai ‘Black Panthers’, Sarena Sarung ‘Tutu’

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa hari dilarang memakai baju ‘Black Panther’ dalam kejohanan tenis Terbuka Perancis, pemain tenis Serena Williams tampil memakai tutu pada Terbuka Amerika hari ini.

Pakaian berwarna hitam tersebut merupakan hasil ciptaan bersama Virgil Abloh dan Nike.

Tutu ‘QUEEN’ tersebut sebahagian koleksi terbaharu Off-White x Nike ciptaan Abloh yang mendapat inspirasi dari Sarena.

Tutu adalah pakaian yang seringkali digunakan dalam pertunjukan balet. Dengan penampilan bak puteri dengan skirt beropol-ropol itu Sarena berjaya mengalahkan pemain Poland, Magda Linette 6-4, 6-0 di Stadium Asher di New York.

Serena dilarang daripada memakai baju ‘Black Panther’ dalam kejohanan tenis Terbuka Perancis selepas ketua Roland Garros menyifatkan rekaan pakaian tersebut sebagai keterlaluan.


Bintang tenis Amerika Syarikat berusia 36 tahun itu pada tahun ini telah memakai pakaian tersebut yang mana katanya mengambil inspirasi daripada filem ‘Black Panther’ dan membuatnya berasakan seperti seorang puteri pahlawan.

Turut menyifatkan pakaian sukan tersebut sebagai menyeronokkan dan berfungsi, Williams menegaskan, baju berkenaan dapat membantunya mengatasi masalah darah beku yang telah membahayakan nyawanya selepas melahirkan anak pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Persekutuan Tenis Perancis (FFT) berkata, pakaian itu atau sebarang rekaan yang menarik perhatian tidak dibenarkan dipakai oleh atlet di Roland Garros pada 2019.-Agensi

Kategori