Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gara Gara Nak Hidung...

TIDAK cukup berpuas hati dengan raut wajah jelita yang dimiliki, seorang model Thailand...

Orang Luar Jangan Campur...

JOHOR BAHRU - “Mereka yang tiada kaitan dengan Johor jangan sibuk mengucar-kacirkan urusan...

TMJ Mahu Berehat Seketika...

JOHOR BAHRU - Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Sapa Tuduh Kerajaan Langgar...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) menuduh kerajaan Malaysia telah melanggar...

DOSM Sasar 30% Proses Bancian 2020 Dalam Talian

SUNGKAI – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus proses Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) dalam talian untuk mengumpul data lebih efisien.

Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sasaran bancian dalam talian itu lebih ditujukan kepada penduduk bandar dengan mengambil kira faktor perkembangan semasa.

Untuk itu katanya pelbagai persediaan telah dilakukan sejak 2016 dalam usaha menjayakan Banci 2020 yang dijangka bermula Julai 2020 untuk tempoh dua minggu dengan menggunapakai 60,000 tenaga kerja termasuk sukarelawan.

“Antara persediaan yang kita sudah laksanakan adalah melakukan perbincangan dengan pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi pada peringkat pusat, negeri serta daerah melalui pelbagai program dan seminar.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan banci selain mengenal pasti keperluan mengikut keadaan semasa,” katanya.

Mohd Uzir ditemui selepas merasmikan Seminar Statistik Kependudukan dan Sosioekonomi Negeri : Ke Arah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dihadiri 150 peserta dari 32 kementerian, agensi serta pihak berkuasa tempatan di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang membangunkan sistem dikenali sebagai Malaysia Intergrated Population Census System (MyIPCS) yang membolehkan data-data bancian yang diperoleh disepadukan dengan data pentadbiran.


Beliau juga menekankan kepentingan pengambilan Banci 2020 yang juga kali ke-enam ini dianggap sebagai pelaburan jangka panjang kerajaan mengurus tadbir negara dengan lebih cekap, berpaksikan kepada maklumat-maklumat data terperinci diperoleh.

“Di negara maju, statistik yang diperoleh itu adalah sumber utama dalam pembangunan negara untuk jangka panjang,” katanya.

Justeru itu kata Mohd Uzir, masyarakat perlu bersedia memberi kerjasama dan ‘roh’ kepada usaha tersebut.

Untuk rekod, Banci Penduduk dan Perumahan dilaksanakan sekali dalam tempoh 10 tahun. Sejak penubuhan Malaysia, lima projek banci telah dilaksanakan iaitu pada 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010. – BERNAMA

Kategori