Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ada 90 Tekapan Seterika...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan...

Datuk Seri Mohamad Fuzi...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi...

Sebanyak 73 Mayat Mangsa...

JAKARTA - Sebanyak 73 mayat mangsa nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia...

Jepun Wakil Asia Ke...

REKOD bersih Jepun berbanding Senegal membolehkan pasukan tunggal dari benua Asia itu melangkah...

Dr Halimah Perlu Letak Jawatan Ahli Lembaga PPAS

KUALA LUMPUR – Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali perlu meletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi membolehkan beliau terus bertanding PRK tersebut.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perletakan jawatan itu perlu memandangkan PPAS merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Saya baru tahu kedudukan (Dr Halimah) itu disebabkan saya baru dua bulan dalam pejabat dan baru ingin meneliti kedudukan-kedudukan ahli-ahli lembaga pengarah, termaksuk agensi dan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Mungkin dari masa ke semasa kita akan ambil tindakan kedudukan Dr Halimah tetapi bagi saya secara asas moral, dia kena letak jawatan,” katanya selepas menghadiri program Agenda Pencerahan Selangor di Universiti Malaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penolong Setiausaha, Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa Dr Halimah tidak berintegriti kerana kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah PPAS walaupun menjadi calon PRK Seri Setia dan menentang kerajaan PH.


Kerusi DUN Seri Setia kosong susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat penyakit kanser usus. – BERNAMA

Kategori