Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi...

KOTA KINABALU - Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di...

524 Individu Ditahan Langgar...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa 403,336 kenderaan di...

KKM Akan Saring COVID-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur...

Wilayah Chiba Tawar Laluan...

CHIBA (Jepun) - Malaysia dan Jepun akan menjalin kerjasama lebih rapat dalam pembangunan...

Dr Mahathir Saksi Demonstrasi Dron Di Beijing

BEIJING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan hari ketiga lawatan rasmi ke negara ini dengan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di sini.

Demonstrasi di luar bangunan itu dilakukan oleh salah sebuah pengeluar dron terbesar di dunia Da Jiang Innovations (DJI) Enterprise yang menyediakan penyelesaian menggunakan dron bagi pelbagai industri termasuk pertanian, tenaga, media, pembinaan, infrastruktur dan keselamatan awam.

Perdana Menteri diberi taklimat oleh presiden syarikat itu Roger Luo ketika demonstrasi dijalankan.

Dr Mahathir yang diringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyaksikan keupayaan siri MG-1P dengan mod kawalan pelbagai pesawat yang dilengkapi dengan sistem penyemburan yang dipertingkatkan bagi kegunaan sektor pertanian.

Antara keupayaannnya termasuk kawalan penghantaran video sejauh 3 km


Satu lagi demonstrasi ialah Matrice 200 yang boleh melakukan pengawasan dari udara dan penggumpulan data.

Menerusi platform dron, operasi perniagaan dapat dikembangkan menerusi data udara.

Dr Mahathir yang sedang melakukan lawatan rasmi lima hari kemudian meninjau dengan lebih dekat dron yang dipamerkan di premis syarikat itu. – BERNAMA

Kategori