Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Pegawai Polis Trafik...

KLANG - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas seorang...

Tiada Pihak Ketiga Pengaruhi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes...

Minyak Sawit: Mahathir Bimbang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang terhadap...

Stadium Shah Alam Venue...

RASMI... Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue final Piala FA 2017 yang berlangsung...

Dr Mahathir Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Hari Raya Haji tahun ini dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pimpinan kerajaan baharu.

Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah yang akan disambut di Malaysia esok, Perdana Menteri berkata keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Hari Raya Aidiladha boleh diadakan dalam keadaan aman damai

“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Dan (rakyat) negara kita sekarang ini sudah tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah, yang memegang kepada lunas-lunas ajaran Islam dan kita bersyukur keranaNYA.

“Saya sekali lagi ingin menyatakan kesyukuran kita kerana keadaan sudah pulih di negara kita,” ​katanya menerusi video perutusan Aidiladha yang dimuat turun di laman Twitter dan Facebook miliknya. – BERNAMA

Kategori