Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tak Pernah Hentikan...

GEORGE TOWN - Polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai...

BN Akan Jadi Pembangkang...

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan...

Ibu Sedih Guru Lumur...

GARA-GARA makan terlalu lambat, seorang guru tergamak melumurkan makanan di muka seorang murid...

Utusan Malaysia, Bangunlah Pada...

DUA bekas ketua editor Utusan Malaysia menyatakan rasa kesal bahawa akhbar yang pernah...

Dr Muhammed Abdul Khalid Dilantik Penasihat Ekonomi PM

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri melantik Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa 27 Ogos.

Ketika ini Muhammed merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi DM Analytics Malaysia

Beliau yang merupakan seorang pakar ekonomi terlatih dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai sektor ekonomi dan kewangan, telah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai perunding bagi Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEFF) dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Muhammed juga berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah, Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Penganalisis Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Beliau juga merupakan Penasihat Teknikal Kanan di UNDP Malaysia, dan Ketua Sekretariat bagi Majlis Penasihat Kerajaan.


Muhammed memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) beliau daripada Institut d’études Politiques de Paris, Perancis dan memiliki ijazah Sarjana dalam Ekonomi daripada Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Muda Sains daripada University of Southern California, Los Angeles. – BERNAMA

Kategori