KUALA LUMPUR – PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Sumber dalaman parti itu berkata, nama Yaakob disebut-sebut berdasarkan pengalamannya dalam parti selain pernah menjadi ADUN Kota Anggerik selama dua penggal dan bekas EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.
āYaakob boleh dianggap sebagai orang lama dan berpengalaman. Khabar angin mengatakan beliau akan dipilih sebagai calon juga sedang bertiup kencang.
āBagaimanapun, perlu menunggu keputusan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu dan mereka dijangka membuat pengumuman dalam tempoh terdekat,ā katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yaakob sebelum ini menjadi koordinator membantu kemenangan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK Sungai Kandis Sabtu lalu.
PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, Khamis lalu akibat barah usus dihidapinya sejak dua tahun lalu.
PAS dijangka meletakkan calonnya selepas Barisan Nasional (BN) memberi laluan pada PRK Seri Setia. – BH ONLINE