Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Takda Niat Lawan Pengantin,...

ORANG kalau dah cantik, pakai baju tidur pun tetap nampak cantik juga. Lagi...

Lembaga Pengarah Baharu FINAS...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga...

25 Ekor Gajah Berkeliaran...

LAHAD DATU - Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu dalam usaha mengusir semula 25...

Buih Misteri Penuhi Jalan...

PENDUDUK di bandar Fukuoka gempar selepas jalan-jalan di bandar berkenaan dilitupi dengan lapisan buih...

Dron Awasi Kesalahan Lalu Lintas Di Timur China

BEIJING – Dron kini digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas di bandaraya Jinan, ibu kota Wilayah Shandong yang terletak di timur China, lapor agensi berita Xinhua memetik akhbar Beijing Youth Daily pada Rabu.

Empat dron telah memulakan tugas membantu polis trafik pada Selasa. Dilengkapi kamera definisi tinggi, ia berjaya mengesan kesalahan lalu lintas dalam tempoh setengah jam selepas beroperasi.

Ia boleh mengawasi tingkah laku pemandu, seperti penggunaan telefon bimbit dan peranti ketika memandu serta merakam visual video yang jelas.

Dron digunakan di kawasan yang tidak boleh dicapai oleh monitor tetap.

Ia telah memulakan jalanan ujian pada April, dengan jumlah masa penerbangan selamat lebih 200 jam, kata anggota polis trafik Jinan, Wei Jiliang.

Bagaimanapun, keadaan cuaca mampu mempengaruhi dron dan ia tidak boleh digunakan ketika hujan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori