Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Setiap Hari Baca Quran,...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna kini berbanding beberapa tahun lalu, Mizz Nina tidak...

Isu Rasuah Dalam Sukan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan masalah rasuah dalam kalangan...

Tindakan Tegas Wajib Diambil...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tindakan tegas wajib diambil...

Pos Malaysia Tampil Kad...

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan inovasi terbaru mereka dalam...

Dua Guru Tadika Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

MELAKA – Dua guru tadika ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes video mengenai perbuatan mendera dan memukul kanak-kanak di sebuat pusat asuhan kanak-kanak di Cheng dekat sini, yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata kedua-dua wanita berusia 21 dan 40 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu setelah satu laporan polis dibuat oleh pengurus pusat asuhan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.

“Kejadian yang dipercayai melibatkan empat orang pelajar itu berlaku pada 30 Julai lalu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Manakala video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukan tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori