Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Pembangkang Ibarat Rakan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Berjiwa Muda, OOTD KJ...

JIKA diperhatikan apa sahaja yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pasti...

Video: Aksi Muhyiddin Menari...

SATU rakaman video yang menunjukkan aksi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Perlu Ramai Parakaunselor Atasi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu lebih ramai parakaunselor...

Dua Lelaki Ugut Bom Sri Pentas TV3 Direman 4 Hari

PETALING JAYA – Dua lelaki yang dipercayai membuat panggilan palsu terdapat bom di dalam Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara kelmarin direman empat hari bermula hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an.

Siasatan terhadap kedua-lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki membuat ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sembilan tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dan mereka yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Semalam, polis menahan dua lelaki kira-kira jam 8.20 malam di Temerloh, Pahang kerana dipercayai terbabit dalam panggilan bom palsu itu.


Pada 28 Ogos lalu, Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara, Selangor terpaksa dikosongkan selepas pihak pengurusannya menerima panggilan palsu terdapat bom di dalam premis tersebut.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 10.45 itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama dihantar ke lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Kategori