Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

USIM Lafaz, Tandatangani IBR...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menzahirkan komitmen memerangi rasuah...

835 Individu Didakwa Guna...

KUALA LUMPUR - Seramai 835 individu telah didakwa kerana mengggunakan kad pengenalan palsu...

Yayasan Sabah Jalin Kerjasama...

KOTA KINABALU - Kumpulan Yayasan Sabah (YS) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU)...

Zelensky Mahu Jumpa Putin...

KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky semalam sekali lagi menggesa untuk bertemu dengan...

Dua Maut, Lima Cedera Kenderaan Terbabas Di Pekan

PEKAN – Dua maut manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 33 Jalan Chini – Terapai di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Mohd Zaidi Mat Zin berkata pada kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Amirul Dzulkifli, 24, dan Afizah Abdullah, 28, yang berasal dari Felda Chini Timur 1 di sini.

Kejadian juga menyebabkan abang Muhammad Amirul, Mohd Zulfazli, 30, yang memandu kenderaan itu, ibunya Rosliza Ismail, 50, dan tiga lagi anggota keluarga mereka termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera.

Afizah merupakan adik ipar kepada Mohd Zulfazli.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Felda Chini hendak ke Felda Bukit Mendi di Triang, Bera. Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengantuk menyebabkan kenderaan jenis Toyota Unser itu terbabas.

“Kemalangan menyebabkan kenderaan itu berpusing dan terbalik. Kenderaan juga remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.


Mohd Zaidi berkata mayat kedua-dua mangsa dan semua yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, dekat sini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori