Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas 1Kg...

ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki...

Ketua Dewan Ulama Pas...

ALOR SETAR - Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Mohd. Rejab Md. Akhir, 59,...

Perodua Jangka Capai Sasaran...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangka untuk mencapai sasaran...

Jutawan Bunuh Kekasih Dalam...

SEORANG jutawan perniagaan dari New York, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup...

Dunia Alami Cuaca Panas Ekstrem Hingga 2022

PEMANASAN global hasil aktiviti manusia dan peningkatan suhu permukaan bumi secara semulajadi bergabung menjadikan tempoh lima tahun akan datang amat panas, menurut satu kajian baru terbit.

Gabungan ini meningkatkan kemungkinan “kejadian cuaca ekstrem” di permukaan laut, mewujudkan tempat muncul ribut dan taufan, menurut laporan dalam Nature Communications itu.

“Fasa panas ini mengukuhkan lagi perubahan iklim jangka panjang,” kata ketua penyelidik Florian Sevellec, seorang saintis iklim di Universiti Brest di Perancis.

“Fasa yang ada hari ini dijangka berterusan hingga sekurang-kurangnya lima tahun.”

Purata suhu permukaan dunia sering turun naik.

Sejak 11,000 tahun lepas, perubahan itu berlaku dengan sederhana, menyebabkan kehidupan berkembang.

Perubahan iklim akibat perbuatan manusia, disebabkan oleh pembebasan berbilion tan gas rumah hijau ke atmosfera terutama sejak 100 tahun kebelakangan ini mengatasi perubahan alami dan mengancamnya.

Saintis selama ini sukar membezakan kesan daripada pencemaran karbon dan perubahan semula jadi dalam menentukan kesan pada iklim yang menyebabkan taufan, banjir, kemarau, dan pelbagai bentuk cuaca ekstrem lain.


Menurut kumpulan pengkaji ini, tempoh 2018 hingga 2022 menyaksikan keadaan yang luar biasa.

Pemanasan alami akan memberikan impak yang lebih kurang sama dengan kesan aktiviti manusia dalam lima tahun akan datang.

Kemungkinan gelombang haba di lautan atau insiden lain yang hampir sama dijangka meningkat sehingga 150 peratus.

Perjanjian iklim Paris menyeru pemanasan global dihadkan pada bawah 2 darjah Celsius dan 1.5 darjah Celsius jika munasabah.

Trend terkini bagaimanapun menunjukkan planet bumi akan meningkat suhunya dua kali ganda jumlah itu menjelang akhir abad ini. – AFP

Kategori