Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Annuar Tolak Pencalonan Jawatan...

KOTA BHARU - Hasrat anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencalonkan bekas...

PKPD Di Bangunan Malayan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Dulu Gempal, Kini Memukau…...

SEORANG wanita bernama Joanna Joseph kini menjadi perbualan hangat masyarakat Malaysia selepas gambar perbezaan...

Buah-Buahan Tempatan Malaysia Dipromosi...

PUTRAJAYA - Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague, Netherlands menganjurkan buat pertama...

Duta Palestin Kunjungi Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menerima kunjungan hormat dari Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha di bangunan Parlimen di sini.

Dalam pertemuan selama hampir 45 minit, mereka menyentuh, antara lain keadaan semasa di Palestin, dan Duta Palestin itu juga memuji sokongan kukuh Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk menikmati kebebasan

“Malaysia ialah antara penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin. Kami berharap bahawa hubungan antara kedua-dua negara kita akan dipertingkatkan lagi,” kata beliau sambil memberi penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana menyokong Palestin selama ini.

Duta itu juga berharap bahawa sistem kehakiman dan perundangan negara ini juga membantu rakyat Palestin yang sudah lama mengalami penderitaan.

“Beliau (Mohamad Ariff) berminat untuk menyokong Palestin dan kami menaruh harapan untuk mengatur supaya Mohamad Ariff melakukan lawatan ke Palestin,” katanya. – BERNAMA

Kategori