Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Azilah Semak Semula...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar...

Universiti Jepun Minat Buka...

NAGOYA - Beberapa universiti Jepun berminat membuka cawangan di Malaysia dan permintaan mereka...

Pekerja Syarikat Didakwa Sebabkan...

MELAKA – Seorang pekerja syarikat barangan lusuh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini...

Dua Beradik Maut Kereta...

KUALA KANGSAR - Tiga termasuk dua adik-beradik maut selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah...

Duterte Didakwa Arah Pembunuhan Beramai-Ramai

AKTIVIS dan ahli keluarga lapan orang mangsa kempen memerangi dadah Filipina memfailkan aduan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa, petisyen kedua yang mendakwa Presiden Rodrigo Duterte terlibat dalam jenayah pembunuhan dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Aduan setebal 50 muka surat itu menuntut supaya Duterte didakwa atas pembunuhan ribuan orang yang disyaki tidak menurut undang-undang dalam usaha memerangi dadah.

Dalam kempen antidadah ini, pihak aktivis dan ahli keluarga mangsa mendakwa pihak polis terlibat dalam pembunuhan yang dilakukan secara sesuka hati.

Dakwa mereka, pengkritik kempen Duterte ini “dihukum,” manakala kes yang dilapor oleh keluarga mangsa tidak disiasat.

Usaha terbaharu ini digerakkan oleh satu rangkaian aktivis, paderi, masyarakat miskin dan masyarakat bandar yang telah melalui kempen ganas berusia dua tahun ini yang telah mengorbankan 4,400 orang hingga menarik perhatian antarabangsa.

“Duterte secara peribadi bertanggungjawab mengarahkan polis melakukan pembunuhan beramai-ramai,” kata Neri Colmenares, peguam mewakili kumpulan itu.

Duterte menjelaskan yang beliau memberitahu polis supaya hanya bertindak membunuh demi mempertahankan diri, sambil mengecam pengkritik kempennya itu.

Beliau didakwa tidak menunjukkan rasa kesal atas pembunuhan itu, dan menegaskan dalam satu ucapan bahawa perang dadah itu akan berterusan.


Benigno Durana, jurucakap pihak polis mendakwa Duterte hanya memberi arahan agar “memerangi dadah dan jenayah berdasarkan batas undang-undang.”

Petisyen ICC ini menyusuli satu lagi petisyen yang difailkan pada April 2017 oleh seorang peguam Filipina disokong dua ahli parlimen pembangkang.

Petisyen tersebut telahpun dimulakan siasatannya pada Februari lalu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia berpendapat angka kematian mungkin jauh lebih tinggi berbanding yang diberikan pihak polis.

Mereka turut mendakwa polis menembak mati mereka yang disyaki menagih dadah dan pengedar kecilan tanpa maklumat yang secukupnya, dakwaan yang dinafikan pihak polis. – Reuters

Kategori