Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kemungkinan Tiangong-1 Jatuh Di...

KUALA LUMPUR - Kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat...

Jangan Mudah Terpengaruh Cubaan...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta...

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Akan...

THE HAGUE, Belanda – Rusia akan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah perang dan...

APMM Kerjasama Agensi Asing...

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meningkatkan kerjasamanya dengan agensi negara...

Duterte Tegur China Halau Kapal Asing

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran kepada China agar menilai semula sikapnya di Laut China Selatan, dan menegaskan ia tidak mempunyai hak menghalau pesawat dan bot asing yang melalui pulau-pulau buatan di kawasan dipertikai itu.

Kenyataan agak luar biasa pemimpin sekutu kuat China itu disuarakan dalam satu ucapan semalam.

Filipina baru-baru ini menerima bantuan peralatan ketenteraan dari China, yang diberikan secara percuma sebagai sebahagian satu pakej bantuan.

Pemimpin Filipina itu berharap China akan bersikap lebih lunak dan tidak menghalang pergerakan yang boleh membawa kepada konfrontasi, kemungkinan dengan Amerika Syarikat yang Filipina menjalin hubungan melalui perjanjian. Keadaan ini menjadikan Filipina tersepit.

China, Taiwan, Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei masing-masing mempunyai tuntutan di kepulauan Spratly.

China sedang pantas membina pulau buatan di atas terumbu hingga menjadikannya kemudahan ketenteraan, menempatkan anggota pasukan keselamatan yang bertindak mengarahkan kapal asing beredar.

“Mereka perlu menilai semula strategi pendekatan kerana kawasan itu mungkin jadi pencetus satu hari nanti,” kata Duterte.


“Anda tidak boleh bina pulau. Pulau-pulau ini dibina dan kemudian anda mendakwa ruang udaranya juga milik anda.

“Ini salah kerana kawasan perairan itu ialah perairan antarabangsa. Hak untuk melaluinya dijamin,” katanya.

Duterte meneruskan dasar berbaik dengan China, dipercayai untuk mendapatkan geran, pinjaman dan pelaburan berbilion dolar, dan menafikan beliau tunduk kepada tekanan Beijing hingga menyerahkan kedaulatan.

Beliau pernah mengelak daripada menyalahkan China dan mendakwa Amerika Syarikat bersalah kerana tidak menghentikan pembinaan itu pada peringkat awal. – Reuters/Mynewshub.tv

Kategori