Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Projek Perintis Pembenihan Ikan...

MERSING - Jabatan Perikanan bakal membangunkan projek perintis bagi pembenihan dan penetasan ikan...

Sambutan Maulidur Rasul 1439...

KUALA LUMPUR - Sambutan Maulidur Rasul 1439H hari ini seperti lazimnya dimeriahkan dengan...

Jangan Keluarkan Kenyataan Berbaur...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai...

FOB Untuk Polis Marin...

SEMPORNA - Kerajaan diharap dapat meneruskan projek-projek keselamatan dalam membantu mengukuhkan keadaan keselamatan...

Etiqa Akan Perluas Ke Lebih Banyak Pasaran ASEAN

KUALA LUMPUR – Etiqa akan meningkatkan jenama insurans takaful dan amnya dengan memperluas operasi ke lebih banyak pasaran ASEAN menjelang tahun depan.

Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, Insurans dan Takaful Kamaludin Ahmad berkata beberapa negara sedang dipertimbang, namun keputusan belum dibuat.

Kami sedang menimbangnya (beberapa pasaran) dan biasanya proses itu akan mengambil sedikit masa. Kami juga perlu mendapatkan kelulusan kawal selia.

“Buat masa ini, saya tidak boleh menamakan negara-negara ini,” katanya kepada Bernama sempena ulang tahun ke-10 Etiqa.

Kamaludin berkata kumpulan itu menyasarkan untuk menjadi penggiat utama insurans di ASEAN dan merancang untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat takaful nombor satu dalam pasaran yang ia beroperasi.

Etiqa kini hadir di Singapura, Filipina dan Indonesia. Ia menawarkan insurans am di Indonesia, dan insurans hayat dan am di Filipina.

Kamaludin berkata kumpulan itu memasuki pasaran insurans hayat Singapura berikutan penggabungan Etiqa Insurance Ptd Ltd (Etiqa Singapore).

“Etiqa Singapura merupakan syarikat insurans pertama yang menawarkan pembelian langsung insurans secara dalam talian di republik itu,” katanya.

Sementara itu, kumpulan itu terus berusaha untuk mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi tahun ini dalam berhadapan keadaan pasaran yang mencabar.

“Sebagai penanggung insurans tempatan terbesar di Malaysia, Etiqa berkembang pesat dalam dekad yang lepas, dan pada 2017, kami mencatatkan keuntungan sebelum cukai melepasi RM1 bilion.


“Menerusi lebih daripada RM30 bilion aset sehingga kini, pangkalan pelanggan kami berkembang setiap tahun dan mencatatkan rekod prestasi pertumbuhan yang berterusan dalam industri insurans,” kata Kamaludin.

Etiqa kini menawarkan 47 insurans hayat dan 46 produk insurans am dan takaful am.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, Etiqa akan menganjurkan majlis riang ria yang meliputi konsert percuma, Fun Run lima kilometer serta Karnival di Setia City Park, Setia Alam Sabtu ini (18 Ogos).

Konsert ini akan menampilkan artis-artis terkenal di Malaysia seperti Datuk Zainal Abidin, Datuk Afdlin Shauki, Altimet dan Chelsia Ng, manakala Fun Run disediakan khusus untuk keluarga termasuk perhentian swafoto interaktif bagi menjadikannya acara yang akan terus diingati.

“Pesta Ria Etiqa merupakan cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan setia dan pelanggan kami yang telah memberi sokongan berterusan selama ini.

“Semua hasil yang dikutip dari Fun Run akan disumbangkan untuk kebajikan,” kata Kamaludin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Etiqa

Kategori