Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cerita Sebenar 6 Maut...

Oleh: Fahmi Hassan Al AbadRAMAI yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika...

Ronaldo Dihadapkan Ke Mahkamah...

MADRID – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid Selasa ini bagi...

Polis Tumpas ‘Geng Chemumar’...

KANGAR - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal melibatkan kerugian kira-kira RM150,000 selepas...

Projek PSN Tanjung Dawai...

SUNGAI PETANI - Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai yang mengandungi 300...

Exco DAP Tak Setuju Buang Poster Promosi LGBT

PULAU PINANG – Chong Eng tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menurunkan dua poster yang didakwa mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) pada Festival Georgetown yang berlangsung sejak 4 Ogos lalu hingga 2 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender serta Agama selain Islam negeri itu berpendapat, tindakan diskriminasi sesiapa sahaja berdasarkan seksual orientasi mereka termasuk LGBT adalah tidak sesuai dan tidak boleh diterima.

“Ini (LGBT) adalah asas kepada keperluan manusia dan ia juga tidak mengganggu sesiapa.

“Di sebalik identiti mereka sebagai LGBT, apa yang saya boleh katakan ialah, kita perlu melihat kualiti lain yang ada pada mereka,” kata wakil rakyat dari DAP itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, potret yang memaparkan dua aktivis LGBT iaitu Nisha Ayub and Pang Khee Teik yang bergambar dengan bendera Malaysia telah dikeluarkan daripada pameran fotografi pada festival tersebut atas ‘arahan’ pihak tertentu.

Tindakan itu disifatkan oleh salah seorang penaja pameran itu iaitu Datuk Vinod Sekhar sebagai mengejutkan dan beliau turut mendakwa bahawa tindakan itu tidak boleh diterima di bawah pentadbiran Malaysia Baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang memberitahu, beliau berhasrat untuk turun padang bagi melihat sendiri apa yang dipamerkan pada festival berkenaan.


Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri masih belum berhasrat untuk ‘menyekat’ penggunaan potret sedemikian untuk festival-festival lain yang berlangsung di negeri ini.

“Sebagai kerajaan (negeri), kita perlu mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Apapun, saya tetap percaya bahawa kita tidak sepatutnya menghakimi seseorang itu berdasarkan orientasi (seksual) mereka sahaja,” ujar beliau.- UTUSAN ONLINE

Kategori