Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Boling AIK: Shalin Raih...

KUALA LUMPUR – Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan...

Sistem JQTA Perkukuh Mutu...

JOHOR BAHRU - Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA), yang telah diperkenalkan kerajaan...

Pelajar Bukan Orang Gaji...

ADA seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa...

TPPA Beri Kesan Positif...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perjanjian Perkongsian...

Fahaman Komunis Bunuh Akidah Islam

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendoakan mereka yang bersetuju bahawa komunis adalah sebahagian daripada pejuang kemerdekaan diiampunkan dosa kerana kejahilannya.

Menurut beliau, teori ekstrem komunisme membela rakyat miskin menarik pemikiran ramai, namun mereka terlepas pandang teorinya yang menolak kewujudan Tuhan.

“Ilmuan bersepakat bahawa teori komunis adalah ijtihad Yahudi bernama Karl Marx. Dia bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan bukan juga dari kalangan penduduk asal di hutan rimba tanah air kita.

“Walaupun komunis itu tidak membawa bala tenteranya seperti negara Barat yang menjajah kita, tetapi fahamannya menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum yang direkrut menjadi bala tenteranya.

“Memang mereka juga menentang penjajah Barat, tetapi mereka juga adalah bala tentera penjajah pemikiran komunis di mana bahayanya lebih besar dari bala tentera penjajah Barat yang berkulit putih itu.

“Ini kerana fahaman komunis itu membunuh akidah secara ekstrem. Adapun penjajah Barat secara lebih terang-terangan dapat dilihat wajahnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, sejarah tanah air menyaksikan umat Islam yang dijajah oleh komunis menerima akibat yang lebih dahsyat daripada penjajah Barat, di mana kesannya masih nyata pada hari ini.


Justeru, katanya, ijtihad pemimpin terdahulu menentang penjajah Barat dan kemudian menentang komunis adalah tepat kerana menentang musuh yang lebih berbahaya hendaklah diutamakan.

“Maka kita mengharapkan mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis itu mendapat kelebihan para syuhada’ kerana menentang musuh Islam yang lebih besar,” katanya.

Aktivis Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini menggesa kerajaan PH menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh Komunis di negara ini. – MYNEWSHUB.TV

Kategori