Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pejabat Labuan Shipyard Musnah...

Labuan : Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) berusia empat dekad,...

Eizlan Yusof Tertekan Isu...

AKTOR Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan perpisahannya bekas isteri, Vie...

Gesaan Campur Tangan Asing...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Lelaki ‘Belagak’ Polis Nak...

Alahai...semata-mata ingin berhibur secara percuma, seorang lelaki sanggup berlagak dan menyamar sebagai seorang...

Fahmi Nafi Kosongkan Kerusi Lembah Pantai Bertanding PRK Seri Setia

KUALA LUMPUR- Fahmi Fadzil menafikan laporan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai disandangnya untuk bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan daripada pimpinan PKR berhubung perkara itu.

ā€œSaya tidak menerima apa-apa arahan. Saya sudah sebut sebelum ni, mana mana ahli parti perlu sedia mengikut arahan parti jika diberi arahan mengosongkan kerusi,ā€ katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Fahmi diminta mengulas laporan media hari ini bahawa beliau bakal mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan bertanding di DUN Seri Setia bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Lembah Pantai.

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.


BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia dan sebaliknya memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calon pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong.

Penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada Sabtu ini. ā€” BERNAMA

Kategori