Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah, Suami Capai...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja...

2 Mayat Bayi Dalam...

SHAH ALAM - Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna...

Hidup Remaja Yang Hanya...

SEPERTI remaja lain, Rahma Haruna mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjalankan perniagaan. Namun siapa yang...

Alcatel OneTouch Flash, Phablet...

Alcatel OneTouch Flash telah diperkenalkan pada bulan September yang lepas di Thailand, dan...

FAMA Bawa ‘Durian Kampung’ Ke Malaysia Fest 2018 Di Singapura

SINGAPURA – Selamat menyambut Hari Kebangsaan Singapura! Apa rancangan pada cuti umum hari ini? Apa kata ke Ekspo Singapura, Changi, di mana Malaysia Fest kembali, bermula hari ini hingga Ahad.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) menawarkan diskaun 20 peratus bagi buah-buahan segar di Fruits Empire, antara konsep jualan yang diperkenalkan di Malaysia Fest 2018.

FAMA membawa 15 tan buah-buahan bermusim serta buah-buahan segar bernilai RM100,000.

Selain durian hibrid terbaik seperti Musang King, terdapat juga durian kampung atau durian bukan klon dari utara Perak termasuk kawasan berbukit seperti di Bukit Gantang.

“Durian dari kawasan bukit adalah yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corp, Zainal Abidin Yang Razalli kepada Bernama baru-baru ini.

FAMA juga membawa manggis, pulasan, cempedak, rambutan dan jambu batu, serta sayur-sayuran segar, ulam-ulaman, jagung dan banyak lagi.

Di bawah Pavilion FAMA sahaja, terdapat 28 usahawan Malaysia termasuk dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur, dengan potensi jualan sebanyak RM2 juta pada masa ini.


Malaysia Fest telah dihoskan untuk tahun ketiga oleh MegaXpress International Pte Ltd, dengan sokongan FAMA. Terdapat lebih banyak gerai jualan pada tahun ini, berjumlah 250, yang menampilkan produk terbaik Malaysia dari segi makanan, fesyen, kecantikan, perjalanan dan budaya.

“Ini adalah cara promosi dan pemasaran yang baik untuk produk yang dihasilkan oleh usahawan Malaysia, serta platform percubaan untuk produk baru dan usahawan yang menyertai Malaysia Fest buat kali pertama,” kata Pengarah Urusan MegaXpress International, Hamzah Abdullah.

Beliau yakin Malaysia Fest tahun ini dapat menarik sekurang-kurangnya 100,000 pelawat, seperti edisi tahun lepas.

Terdapat lima konsep jualan iaitu Pavilion Negeri, Trak Makanan, ‘Fruits Empire’ dan produk industri asas tani. – BERNAMA

Kategori