Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Mati Lemas...

DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam...

Razarudin Dilantik Timbalan Ketua...

PUTRAJAYA: Datuk Razarudin Husain@Abd RasidDilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa...

“Jodoh Pernah Lintas Depan...

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya,...

Proton Lancar Logo, Slogan...

PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) baru-baru ini melancarkan logo dan slogan terbaharunya,...

Fikirlah, Apa Faedah Jadi Mak Nyah?

“ORANG cakap, maknyah tidak boleh berubah, tetapi sebenarnya boleh berubah jika ada usaha. Misalnya sekarang ini, saya betul- betul memahami apa itu fitrah kejadian antara lelaki dan perempuan. Apabila kini saya kembali (insaf), saya mula terfikir ingin memberikan mak saya seorang cucu,”.

Seorang lagi bekas mak nyah membuktikan bahawa tanggapan seseorang pondan itu tidak boleh berubah adalah salah.

Harry Zulkifli, 26, yang pernah hidup dalam dunia maknyah sejak 2013 kembali berubah kepada fitrah sebagai seorang lelaki selepas menyedari kesilapannya.

“Orang cakap, mak nyah tidak boleh berubah, tetapi sebenarnya boleh berubah jika ada usaha.

“Misalnya sekarang ini, saya betul- betul memahami apa itu fitrah kejadian antara lelaki dan perempuan. Apabila kini saya kembali (insaf), saya mula terfikir ingin memberikan mak saya seorang cucu.

“Jadi saya harap, Allah memulihkan semula naluri dan nafsu kelelakian saya . Saya memang niat nak kahwin, nak ada zuriat sendiri dan nak gembirakan mak ayah,” ujar Harry.

Jika dulu dia teruja sebagai mak nyah menggunakan nama Yana dengan mula ambil pil hormon sejak berusia 15 tahun serta menyimpan rambut panjang termasuk mengunjungi kelab malam untuk mencari hiburan.

Tetapi pada 2015, anak Sarawak ini mula berhijrah selepas menunaikan umrah dan berhenti mengambil pil hormon sambil memahat istiqomah bahawa bahawa Allah menciptakan dirinya sebagai lelaki dan dia perlu membuang naluri menjadi mak nyah itu buat selama-lamanya.

Dia yang kini menjadi aktivis untuk membantu mak nyah yang ingin kembali ke pangkal jalan berkata, isu diskriminasi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini perlu difahami secara mendalam oleh pihak berwajib sekali gus masyarakat.


“Sebagai bekas mak nyah, saya juga mengkaji apa yang golongan transgender ini mahu sebenarnya. Saya percaya mereka mempertahankan hak supaya tidak ada diskriminasi terhadap komuniti mereka.

“Saya percaya mereka bukan meminta untuk pengiktirafan terhadap jantina ketiga atau minta dibuat tandas berasingan, bukan minta hak nak pakai baju perempuan dan buat kerja gila, tetapi soal diskriminasi yang dilakukan oleh masyarakat.

“Misalnya perlakuan masyarakat yang gemar mentertawakan golongan pondan. Saya akui selalu ditertawakan dahulu. Inilah bentuk diskriminasi sebenarnya. Lagi pun adalah mustahil untuk mendapatkan pengiktirafan jantina ketiga itu di Malaysia.

Harry pada masa sama menasihati golongan mak nyah yang ingin berubah supaya tekad mengeluarkan diri yang terperangkap dalam naluri wanita itu dengan kembali kepada agama terutama yang beragama Islam.

“Saya tak menyesal menjadi mak nyah tetapi saya menyesal sebab buat dosa ketika menjadi mak nyah. Saya akui ia tidak beri faedah.

Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Golongan mak nyah kena kuat dan fikir dengan baik, mana baik serta buruk. Kembalilah ke pangkal jalan,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori