Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zakiah Perjelas Faktor Puteri...

KUALA LUMPU - Pembelaan berterusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat Semporna...

Video: Kejutan Di Hari...

REVENGE is sweet.. itulah yang boleh diibaratkan dengan cara seorang lelaki membalas kecurangan...

Undi Penduduk Luar Bandar...

KUALA LUMPUR – Undi penduduk luar bandar boleh `dibeli’ dengan beras dan bekalan...

Isteri Manusia Paling Lucu...

BENARLAH kata orang, di belakang kejayaan seorang suami, pasti adanya seorang wanita yang...

Filem Dukun Ditayangkan Di Indonesia

KUALA LUMPUR – Selepas meraih kutipan sebanyak RM11 juta menerusi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Dukun terus mengorak langkah apabila bakal ditayangkan di Indonesia bermula 8 Ogos (esok) ini.

Tayangan tersebut melibatkan 33 buah pawagam di kawasan Jakarta, Depok, Tangerang, Cikarang, Bogor, Bekasi, Serang, Karawang, Bandung, Semarang, Tegal, Batu, Malang, Jember, dan Bali.

Selain itu, lokasi lain yang turut menayangkan filem terbitan edaran Feat Pictures di Indonesia ialah Kupang, Palembang, Medan, Jambi, Balik Papan, Manado, Bau Bau, Makassar, Mamuju, Mojokerto, Pekan Baru, dan Batam.

Menurut Ketua Astro Shaw Sdn. Bhd., Najwa Abu Bakar, tahun ini merupakan kejayaan luar biasa untuk filem terbitan mereka kerana berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini, filem Dukun telah menyertai New York Asian Festival di Amerika Syarikat dan kemudian ditayangkan buat penonton Indonesia yang berasa teruja untuk menonton setelah tular di media sosial.

“Selain mengharapkan sambutan positif daripada penonton Indonesia, kami juga sedang menantikan beberapa negara lain yang akan menayangkan filem ini serta beberapa festival filem antarabangsa di mana Dukun bakal dipertandingkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Filem arahan Dain Said itu dibintangi oleh Datin Seri Umie Aida, Elyana, Faizal Hussein, Namron, Avaa Vanja dan Hasnul Rahmat.


Filem itu juga memulakan tayangan di Malaysia pada 5 April lalu.

Dukun mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein) menjadi peguam bela kepada Diana Dahlan (Umie Aida) yang kemudian memecah misteri punca kematian isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan kehilangan anak perempuan, Nadia (Elyana). – K! ONLINE

Kategori