Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Khairy Ke Sungai Buloh,...

KUALA LUMPUR : Teka-teki kerusi bakal ditandingi Khairy Jamaluddin terjawab apabila Menteri Kesihatan...

Bina Kedai Runcit Terapung,...

KEMAMAN - Idea kreatif seorang peniaga yang membina kedai runcit terapung membuahkan hasil...

Anak Krakatau Kian Besar,...

ANCAM... Di sebalik tragedi gempa dan tsunami di Sulawesi baru-baru ini, Anak Krakatau...

Media Antarabangsa Diminta Berlaku...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Gaji 100 Kali Ganda Akibat Silap Titik Perpuluhan

SYDNEY – Jika di Malaysia, Menteri Kewangannya, Lim Guan Eng jadi bahan jenaka seluruh dunia kerana tersilap titik perpuluhan dalam isu tuntutan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Lebih lucu ia berlaku ketika ghairah fitnah kerajaan terdahulu di Parlimen dan kes kedua selepas beliau baca angka tersilap taip mengenai projek terowong dasar laut kontroversi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tahun lalu.

Namun lain cerita di Australia apabila seorang pekerja menerima gaji yang jumlahnya lebih 100 kali ganda daripada gaji sebenar tetapi tidak pula terdetik di hati individu tersebut untuk menyimpan sahaja jumlah besar diterimanya.

Menurut laporan berita stesen antarabangsa BBC, gaji sebenar pekerja itu ialah A$5,000 (kira-kira RM14,996) tetapi ketika dia memeriksa akaun banknya, jumlah gaji dipindahkan itu hampir A$500,000 (RM1.49 juta).

Kesilapan dilaporkan juruaudit didakwa berpunca daripada kesilapan manusia ketika proses kemasukan data yang salah. Pegawai yang ditugaskan kebetulan tersalah letak titik perpuluhan pada jumlah seharusnya dipindahkan.


Sistem itu malahan gagal mengesan kesilapan ini untuk mengeluarkan amaran. Bagaimanapun menurut BBC, individu berkenaan mujur bersikap jujuar apabila tanpa diminta sudahpun mengembalikan wang lebihan tersebut.

Difahamkan terdapat lebih 700 ‘bayaran gaji terlebih’ yang dilakukan di Australia antara Julai 2017 hingga Januari 2018. Daripada jumlah itu, AS$767,000 (RM3.14 juta) masih tidak dipulangkan lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori