PASTI ramai antara kita pernah berjumpa atau mendengar seseorang memiliki duit gaji yang sedikit tetapi cukup untuk semua perbelanjaan bulannya. Malah, mungkin ada lebih sehingga mampu menyimpan.
Begitu juga sebaliknya apabila ada segelintir yang memiliki pendapatan tinggi tetapi sepanjang masa tidak cukup untuk urusan keluarga dan diri.
Itu semua sebenarnya berkait rapat dengan faktor pengurusan pendapatan dan juga keberkatan terhadap gaji yang diterima. Gaji melangit pun tidak akan cukup kalau tidak ada keberkatan.
Ini kerana, ada antara kita adakalanya lupa dalam rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita, ada hak orang lain pun ke atasnya. Paling mudah mendapat keberkatan adalah dengan membayar zakat.
Percayalah dan bertanyalah kepada rakan-rakan yang mengamalkan pembayaran zakat pendapatan, jarang sekali mereka akan merunggut duit tak cukup.
Tonton sekejap video yang disediakan di atas sehingga habis.
Ia kisah dua sahabat yang mempunyai pandangan berbeza akan bagaimana hendak berbelanja duit gaji. Di akhirnya kita akan melihat rakan berbaju merah berkata…. “tak pernah lagi orang bayar zakat tak cukup tahu tak.” Tidak ada unsur keganasan dalam video itu, sekadar mesej berbentuk santai.
Memang benar, tidak ada sesiapa yang akan jatuh miskin atau bertambah beban andai berzakat. Tidak akan berkurang harta dengan berzakat. Malah, yakinlah akan ada keberkatan yang amat besar nanti.
Jangan Bertangguh Bayar Zakat Pendapatan!
Zakat Pendapatan termasuk dalam salah satu Zakat Harta yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berpendapatan melalui pekerjaan. Pendapatan, sama ada dalam bentuk gaji, hadiah dan pemberian, wajib dikeluarkan zakat.
Kalangan yang bekerjaya dan memperolehi sumber pendapatan daripada gaji wajib membayar zakat, dan Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan cara-caranya. Selepas mendapat gaji setiap hujung bulan, kita mungkin cenderung untuk berbelanja memenuhi keperluan dan kehendak kita.
Kehidupan di kota raya yang dibelenggu gaya hidup konsumer sering mengajak kita untuk membeli-belah barangan mewah bagi memenuhi kehendak pada zaman ini membuatkan kita sering bertangguh di dalam melaksanakan perkara-perkara wajib.
Makanya, perlu juga ada bahagian untuk zakat yang hanya 2.5% sahaja bagi mengembalikan hak asnaf di dalam harta kita.
Sebagaimana moden dan semakin mudahnya cara yang disediakan untuk umum berbelanja, PPZ-MAIWP turut menyediakan cara moden dan mudah untuk pembayar zakat menunaikan zakat mereka antaranya melalui saluran Potongan Gaji Zakat.
Bagi menggalakkan umum berzakat, pelbagai kempen dilaksanakan termasuklah melalui kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) yang sedang giat dijalankan oleh PPZ-MAIWP.
Cara-caranya amat cepat, mudah, selamat dengan hanya:
1. Isi borang secara Online di www.zakat.com.my atau di Kaunter Zakat Begerak PPZ-MAIWP atau di 11 kaunter PPZ-MAIWP.
2. Hantar borang Skim Thohir ke majikan anda dan e-mel salinan borang ke [email protected].
3. Bagi yang pertama kali membuat potongan gaji zakat, anda perlu mengisi borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir).
4. Bagi yang telah membuat potongan gaji, perlu menambah potongan gaji zakat dengan mengisi borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir).
Dengan menyertai kempen ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. Antara hadiahnya adalah:
Tempat Pertama (Utama) – Pakej Umrah untuk dua orang
Tempat Kedua – Percutian ke Beijing 6 hari 5 malam
Tempat Ketiga – Percutian ke Bangkok 5 hari 4 malam
Tempat Keempat & Lima – Percutian ke Jakarta 3 hari 2 malam
Tempat Keenam & Tujuh – Percutian ke Pekan Baru 3 hari 2 malam
Tempat Kelapan, Sembilan & Sepuluh – Percutian ke Medan 3 hari 2 malam
Isi borang sekarang di www.zakat2u.com.my/bayar-zakat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian zakat 1 300 88 5757. – Mynewshub.tv