JAKARTA – Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara 10 meter platform seirama pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, di sini malam ini.
Catatan markah keseluruhan 310.80 yang diperoleh selepas melakukan enam terjunan itu sudah cukup untuk meletakkan mereka dalam kalangan tiga terbaik daripada lapan pasangan yang bertanding.
Pingat emas acara itu dimenangi pasangan China Zhang Minjie-Zhang Jiaqi selepas mengumpul 361.38 mata sementara perak menjadi milik gandingan Kim Kuk Hyang-Kim Mi Rae dari Korea Utara dengan 337.86 mata. – BERNAMA