Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KRU Feri Jatuh Ke...

KUALA PERLIS - Kru feri yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada...

Lagi Sikit Minah Ni...

PERGHH, dah macam 'trend' bagi remaja zaman sekarang melakukan aksi tak senonoh di khalayak...

Tutup Pusat Tahfiz Tindakan...

KUALA TERENGGANU - “Takkanlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tak betul tindakan begitu.” Demikian komen...

SEPADU Sekretariat Pelaksanaan ‘Keluarga...

KUALA LUMPUR - Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan menjadi...

Garis Panduan Pakaian Pekerja Wanita Di Fasa Akhir

SITIAWAN – Perbincangan bagi memperkenalkan garis panduan berpakaian untuk pekerja wanita kini dalam fasa akhir, kata Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Jeffrey Joakim.

Beliau berkata perbincangan itu melibatkan beberapa pihak berkepentingan termasuk majikan agar garis panduan berkenaan dapat dilaksanakan dan diguna pakai sebaiknya.

“Ini bertujuan supaya garis panduan dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk meningkatkan suasana harmoni di tempat kerja bagi membolehkan semua dapat menghormati hak masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Bersepadu ‘Ops One Visit-Policy’ 2018 di kawasan perindustrian Kampung Acheh di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai polisi larangan bertudung terhadap pekerja wanita beragama Islam yang dilaksanakan oleh beberapa hotel di negara ini yang menjadi kontroversi beberapa bulan lalu.

Mengenai operasi hari ini, Mohd Jeffrey berkata ia melibatkan pelbagai jabatan dan agensi termasuk pihaknya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan Kementerian Sumber Manusia di 21 kawasan sekitar Manjung.

Mohd Jeffrey berkata Ops One Visit-Policy tersebut yang dimulakan pada 2014 bertujuan memastikan kebajikan dan kepentingan warga pekerja sentiasa dipelihara dan dipertingkat.


Katanya bagi tahun ini setakat ini, sebanyak lapan operasi telah dijalankan melibatkan 107 majikan di seluruh negara dengan 45 notis pematuhan atas pelbagai kesalahan Akta Kerja 1955 dikeluarkan.

“Selain aktiviti penguatkuasaan, kita turut memberi penerangan kepada majikan mengenai pemahaman undang-undang perburuhan ke arah mengekalkan keharmonian dan perusahaan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi terbaharu di 13 kawasan pekerjaan di sekitar Taiping semalam, sebanyak 11 notis dikeluarkan kepada majikan atas pelbagai kesalahan termasuk kegagalan menyediakan dokumen daftar pekerja. – BERNAMA

Kategori