Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Coldplay Pernah Taja RM3.2...

PETALING JAYA – Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah...

Neymar Borong Kasut Lebih...

BINTANG Barcelona, Neymar tidak kedekut untuk mengeluarkan wangnya apatah lagi dengan kontrak £500,000...

Polis Jejak Dua Bekas...

PUTRAJAYA - Polis sedang menjejaki dua bekas pekerja sebuah taska di Presint 15...

Gunting Terbenam Di Muka...

KOTA SAMARAHAN - Seorang murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian...

Gates Mengaku Terbabit Jenayah Dengan Manafort

ALEXANDRIA – Rakan perniagaan lama bekas Pengerusi Kempen Presiden Donald Trump, Paul Manafort hari ini memberi keterangan bahawa dia membantu Manafort memfailkan pulangan cukai palsu dan menyembunyikan akaun banknya di luar negara.

Rick Gates dijangka menjadi saksi utama kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam kesnya terhadap Manafort.

Gates yang juga pernah berkhidmat dalam kempen Trump, mengaku bersalah Februari lalu dan bersetuju untuk bekerjasama dengan pendakwa di bawah perjanjian yang boleh mengurangkan hukumannya.

Perbicaraan masuk hari kelima itu menyaksikan Gates mengaku membantu mengubah penyata kewangan doktor Manafort, menyembunyikan sumber pendapatan asing, mengelirukan bank untuk mendapatkan pinjaman dan menipu cukai kerajaan.

Dia mengaku berbuat demikian atas arahan Manafort.


“Atas permintaan Manafort, kami tidak mendedahkan akaun bank asing,” kata Gates kepada juri di mahkamah persekutuan di Alexandria, Virginia sambil menggambarkan hubungan mereka selama dua dekad hanya terhad kepada urusan perniagaan.

Peguam Manafort memberi isyarat bahawa mereka akan berusaha untuk mendakwa Gates dan menuduhnya menggelapkan berjuta-juta dolar wang Manafort.

Sementara itu, saksi-saksi menggambarkan Gates sebagai orang kanan Manafort yang membantu menjalankan operasi perniagaan perundingan politik bernilai berjuta-juta dolar. – Reuters/BH ONLINE

Kategori