Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM100 Juta Peruntukan Segera...

PASIR MAS: Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan...

Kelantan Belum Terima Sebarang...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan masih belum menjelaskan sebarang bayaran royalti minyak kepada...

Kes Dadah, Vokalis Terra...

KUALA LUMPUR - Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa hari ini didenda RM7,000 atau...

Projek Mega DAP Di...

KUCHING - Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja...

Gay Malaysia Ke-77 Paling Bahagia Di Dunia

CERIA… Pengamal gaya hidup songsang sesama lelaki atau gay di Malaysia wajar bersyukur kerana kajian sebuah badan antarabangsa jelas dapati mereka duduki tempat ke-77 paling bahagia di dunia.

Menurut laporan Planet Romeo berpangkalan di Amsterdam, Belanda dan Berlin, Jerman, kedudukan itu agak baik dalam Indeks Kebahagian Gay yang menyenaraikan 127 buah negara termasuk banyak negara Islam konservatif.

Berdasarkan kedudukan itu, gay Malaysia lebih bahagia berbanding rakan mereka di negara jiran, Brunei dengan posisi ke-96, dan terburuk di rantau Asia tenggara ekoran undang-undang syariah ketat dilaksanakan sejak 2014.

Namun di peringkat ASEAN, laporan itu jelas menunjukkan gay di negara ini kurang bahagia daripada Thailand (ke-16), Kemboja (ke-35), Filipina (ke-41), Vietnam (ke-52), Myanmar (ke-60), Singapura (ke-64) dan Indonesia (ke-73).

Dianggarkan ada lebih 30,000 gay di Malaysia, sebahagian besarnya Melayu tinggal di sekitar Lembah Klang tetapi kebanyakan tidak jadi ahli Persatuan Gay Kebangsaan yang aktif anjur pelbagai aktiviti termasuk iftar Ramadan.

Baca: Kolumnis Portal Pro-PH Akui Gay Anti-BN

Juga: Malaysia Gagal Jadi Hos Sukan Gay Dunia

Indeks diterbitkan Planet Romeo itu bagaimanapun membuktikan gay Malaysia lebih bahagia dibandingkan dengan beberapa negara Barat iaitu Belarus (ke-80), Ukraine (ke-83), Rusia (ke-87), Serbia (ke-89) dan Albania (ke-94).

Jika negara Islam, Malaysia baik daripada Turki (ke-82), Oman (ke-84), Emiriah Arab Bersatu (ke-85), Tunisia (ke-91), Jordan (ke-95), Saudi (ke-101), Algeria (ke-105), Pakistan (ke-113), Bangladesh (ke-112) dan Mesir (ke-115).


Ironi, tahap kebahagian gay di negara ini kurang daripada Kuwait (ke-62) dan Qatar (ke-68). Setakat ini 10 teratas diisi oleh Iceland, Norway, Denmark, Sweden, Uruguay, Kanada, Israel, Belanda, Switzerland dan Luxembourg.

Manakala 10 terbawah pula ialah Uganda, Sudan, Habsyah, Kyrgyzstan, Iraq, Nigeria, Iran, Cameroon, Ghana dan Kazakhstan. Uniknya posisi gay di negara maju agak cemerlang antaranya Jerman (ke-14) dan Australia (ke-20).

Juga Perancis (ke-21), Afrika Selatan (ke-22), Britain (ke-23), Amerika Syarikat (ke-26), Cuba (ke-29), Taiwan (ke-34), Brazil (ke-39), Jepun (ke-43), Korea Selatan (ke-57) dan China (ke-63). – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • gay

Kategori