BONGKAR… Ketika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikritik teruk netizen kerana kawad Goose Step yang didakwa gaya ala askar negara komunis, mungkin alasan pakar ini ada jawapan logiknya.
Jon Davis yang merupakan pakar sejarah ketenteraan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini apabila ulas kawad itu mendedahkan negara-negara Barat pun enggan berlatih formasi keras tersebut kerana disifat sebagai gaya bodoh!
Lebih lucu, beliau yang juga bekas askar AS dan mahir dalam isu keselamatan rantau Timur Tengah menjelaskan bahawa, ia bukan tradisi tentera negara itu yang mewarisi gaya kawad daripada era kolonial British dan Perancis.
“Alasan mudah kenapa Barat sendiri pun enggan kawad Goose Step sebab tentera AS dari segi sejarah tidak pernah buat dan langsung tiada sebab kenapa pula kena buat sekarang,” jelas Davis yang dipetik oleh media antarabangsa.
Jawapan beliau itu sekali gus menafikan dakwaan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim pada 26 Julai lalu yang menyatakan konon kawad tersebut diwarisi ATM daripada askar British yang pernah jajah negara ini.
Malah ia juga cetus persoalan cepumas kepada panglima tersebut sendiri, siapakah individu ‘bodoh’ dalam Jabatan Perdana Menteri pada 18 Julai beri arahan ‘bodoh’ kepada pihak ATM untuk teruk berlatih kawad gaya ‘bodoh’ itu.
Baca: Tentera Nafi Kawad Gaya Askar Komunis
Juga:Â Askar ATM Bakal Kawad Gaya Ala Komunis?
Mengulas lanjut, Davis yang merupakan graduan Universiti North Texas dan pernah terlibat perang di Iraq awal 1990-an berkata, Goose Step berasal dari Jerman pada abad ke-19 sebagai rai kemenangan Perang Franco-Prussia.
Langkah kaki diangkat 45 darjah itu kemudian dipopularkan pemimpin agung Nazi, Adolf Hitler awal abad ke-20 sebagai tonjol kehebatan askar Jerman ketika perbarisan sebelum berkembang ke Rusia pasca-Perang Dunia Kedua.
Tidak hairanlah ujarnya, kawad ini diajuk aktor komedi, Rowan Atkinson menerusi filem Mr. Bean’s Holiday pada 2007 yang sindir gaya itu semasa babak dirinya dikerah jadi pelakon tambahan askar Nazi bertempur di Perancis.
Untuk rekod, Goose Step pernah menjadi gaya kawad di 70 negara komunis era Perang Dingin antara blok Kesatuan Soviet dengan AS sehingga 1993 bagi membezakan imej dengan formasi tentera Barat selain sekutu politik mereka.
“Gaya hentakan kawad ini memang kuat dan amat digemari regim komunis konon untuk gerun pihak musuh. Kawad di AS pula ikut corak English/Franco kurun ke-18 serta ada campuran teknik kawad pribumi Amerika,” kata Davis.
Hari ini beliau mendakwa hanya tentera Venezuela, Cuba, Nicaragua, Argentina, Chile, China dan Korea Utara di samping Rusia masih mengamalkan kawad Goose Step terutama ketika perarakan rasmi. – Agensi/Mynewshub.TV
* Petikan daripada filem Mr. Bean’s Holiday…