Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelarian Rohingya Kekurangan Makanan

COX'S BAZAR (Bangladesh) - Bekalan makanan di lebih 10 kem pelarian Rohingya kian...

5,000 Warga 4 Kementerian...

PUTRAJAYA - Kira-kira 5,000 warga kerja empat kementerian bergabung menjayakan program Senaman Aerobik...

Bising Buat Seks, Lelaki...

MACAM-MACAM hal. Seorang lelaki yang bengang kerana jiran sebelah bilik hotelnya melakukan seks...

Pandelela – Jun Hoong...

GOLD COAST – Gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong...

Gelar ‘Macai Politik’, Syed Saddiq Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memohon maaf berikutan tindakan beliau melabelkan beberapa persatuan belia sebagai ‘macai politik’.

Syed Saddiq menjelaskan bahawa gelaran itu hanya ditujukan kepada persatuan yang secara terbuka menyokong parti politik terutamanya ketika musim kempen pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Saya minta maaf kerana ‘pukul rata’ hal ini, saya rasa tidak betul kalau semua anak muda dan persatuan dipanggil macai. Ia (panggilan macai politik) harus ditujukan kepada kepimpinan persatuan anak muda yang telah memberikan ‘endorsement’ terbuka kepada Barisan Nasional (BN) yang pada masa sama mengeluarkan kenyataan seperti tanpa BN atau pemuda UMNO, tak akan wujud persatuan belia itu.

“Saya tekankan di bawah pimpinan kementerian yang baharu ini, pihak persatuan tidak perlu nyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan sebaliknya saya lebih suka kalau mereka (persatuan) lebih jujur mengkritik kerajaan, tentang apa yang mereka suka dan tak suka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM), hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden MBM Mohd Zaidi Aziz.

Pada sidang media itu, Mohd Zaidi turut mengakui dan memohon maaf kepada semua pihak atas tindakan persatuan itu yang secara terang-terangan menyokong kerajaan terdahulu pada PRU14.

Mengulas mengenai manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, Syed Saddiq berkata kerajaan perlu memberi penerangan dan bersikap jujur kepada rakyat sekiranya ada manifesto yang memerlukan lebih masa untuk dilaksanakan.


“Rakyat berhak mengetahui kedudukan manifesto PH, sekiranya ada manifesto yang masih belum dapat ditunaikan, kerajaan perlu berterus terang… rakyat sentiasa memerhati dan menilai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq menegaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi dikenakan tindakan berikutan tindakannya menyuarakan pandangan berkenaan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kalau ada tindakan disiplin yang diambil ke atas pegawai perubatan itu, saya sendiri akan bersuara dan menentangnya kerana beliau berhak untuk memberi pandangan peribadinya… sekiranya tindakan diambil ke atasnya maksudnya kita sudah menyekat suara dan pandangannya,” katanya.

Dr Nur Ilyani menerusi laman facebook miliknya pada 6 Ogos lepas mengemukakan surat terbuka kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berhubung isu itu.

Semalam, Ketua Muslimat Pas Kelantan Siti Zailah Mohd Yusoff menerusi kenyataan medianya menggesa Kementerian Kesihatan agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Nur Ilyani berikutan isu itu didakwa telah diadukan pihak tertentu kepada Biro Pengaduan Awam (BPA). – BERNAMA

Kategori