Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apakah Sepanyol Bakal Berpecah...

MADRID – Selepas Scotland melaksanakan pungutan suara khas untuk berpisah daripada Great Britain...

Jual Cuti Sakit Palsu,...

IPOH - Polis Perak menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan...

Kejayaan Mereka Jadi Perangsang...

SEPANG - Kejayaan kontinjen negara meraih tiga pingat emas dan satu gangsa di...

‘Berdarah Hidung’ Tengok Baju...

BERTEMAKAN Ready To Wear, Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai fashionista termasuk para...

Gempa Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah

JAKARTA – Seramai 91 orang dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Lombok semalam, yang turut memusnahkan beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau itu.

Jumlah mangsa yang terkorban itu dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan pasukan penyelamat.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa itu ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata setakat 10 pagi ini semua mangsa yang terkorban itu dikenalpasti sebagai warga Indonesia yang kebanyakannya terkorban di Lombok Utara seramai 72 orang, manakala yang lainnya dicatatkan terkorban di Lombok Barat, Lombok Tengah, Kota Mataram, dan Lombok Timur.

“Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena runtuhan bangunan, setakat ini lebih 200 dilaporkan cedera, dan kini dirawat di kawasan luar atau perkarangan pusat kesihatan atau rumah sakit kerana kondisi bangunan banyak yang rosak, selain kebimbangan berikutan berlaku gempa susulan,” katanya.

Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah, direkodkan berlaku sehingga 6.00 pagi ini.

Gempa bermagnitud pada 7 Skala Richter berlaku pukul 6.46 petang semalam di Lombok Utara, dan turut menggegarkan seluruh pulau Lombok, malah turut dirasai gegarannya di Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.

Terakhir, gempa di Lombok berlaku minggu lepas (29 Julai), yang bermagnitud 6.4 Skala Richter, dan mengorbankan 17 orang termasuk seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail.

Sutopo Purwo berkata keperluan mendesak ketika ini di kawasan terjejas gempa adalah seperti keperluan pasukan perubatan, air bersih, makanan dan selimut.


Presiden Indonesia, Joko Widodo dipetik agensi berita Antara, melaporkan Presiden Indonesia itu telah mengarahkan usaha bersepadu menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa gempa dilaksanakan segera oleh pasukan tentera, polis dan agensi berkaitan.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan berkata setakat 10.30 pagi ini, kedutaan mengenalpasti 161 warga negara Malaysia di beberapa lokasi di Lombok dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Pada masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang menyelaras misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terkesan akibat gempa ini. Dalam hal ini, Kedutaan sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi tersebut bagi memindahkan warganegara Malaysia ke tempat yang lebih selamat,” menurut kenyataan itu.

Warganegara Malaysia di Lombok dinasihatkan untuk kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dan Ngurah Rai di Bali diharap bersabar kerana kesesakan dijangka berlaku, syarikat penerbangan akan membantu untuk penjadualan semula penerbangan keluar dari Lombok,” menurut kenyataan itu.

​​​​​​​Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 81380813036 (WhatsApp) serta emel [email protected] /[email protected] BERNAMA

Kategori