Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen Tak Dipaksa...

KUALA LUMPUR - Kursus bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anggota Parlimen...

Lara Alana Dah Mula...

PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan anak tunggalnya, Lara Alana perlu membayar cukai pendapatannya sendiri...

Lawak.. Bila Orang Luar...

HAHA... memang lawaklah gambar ni!Mana taknya, orang luar ingatkan tudung saji yang digunakan...

VIDEO: Penyampai Berita Tergelak...

BUKAN mudah sebenarnya untuk seseorang itu menggalas tugas sebagai penyampai berita.Biar apapun yang...

Giliran Jin Wei Lakar Kejutan

KUALA LUMPUR – Membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia langsung tidak membuatkan Goh Jin Wei gemuruh, sebaliknya bekas juara remaja dunia itu tenang untuk melangkah ke pusingan ketiga perseorangan wanita selepas mengejutkan pilihan ke-14, Ayar Ohori dari Jepun di Nanjing, China sebentar tadi.

Jin Wei, 18, mengambil masa 42 minit untuk mengetepikan Ohori 21-18, 22-20, sekali gus membalas dendam atas kekalahan kepada pemain tersebut dalam kejohanan badminton All England, Mac lalu.

Tugas getir bagaimanapun menanti Jin Wei pada pusingan ketiga esok apabila bakal menentang juara bertahan yang juga pilihan kelapan, Nozomi Okuhara, juga dari Jepun.

Jika Jin Wei mencatat kemenangan pertama ke atas Ohori dalam tiga pertemuan mereka, pemain pemain No. 30 dunia itu bagaimanapun tidak pernah bertemu Okuhara dalam mana-mana kejohanan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori