Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lebih 21 Juta Pengundi...

PUTRAJAYA : Lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum...

Suami Disebat Isteri Sebab...

SELALU kita dengar kes suami yang sering pukul isteri jika keinginan seksnya tidak...

PAN Cuba ‘Cover Line’...

KUALA LUMPUR - Penjelasan Parti Amanah Negara (PAN) kononnya kenyataan media bertajuk "Undang-Undang...

Tukang Kayu Warga Nigeria...

SHAH ALAM - Seorang tukang kayu warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati...

Gobind Minta TM Serah Laporan Kontrak Libatkan Syarikat Mokhzani

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta Telekom Malaysia (TM) memberi laporan berhubung pemberian kontrak kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir.

“Saya telah minta satu laporan daripada TM, bila saya dapat laporan itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya telah minta hari ini dan arahkan supaya satu laporan dihantar kepada saya berkenaan perkara ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Dis 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi. – BERNAMA

Kategori