Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Sertai Solat...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai ratusan umat Islam untuk...

Jawatankuasa Kerja Pantau Perlaksanaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa akan...

Awan Berbentuk Kalimah Allah...

SUBHANALLAH... Ketika penduduk di sekitar Selat Sunda masih lagi bimbang dengan status Anak...

Polis Mohon Notis Merah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula 'Notis Merah'...

Golongan Muda PKR Jangan Berlagak ‘Hero’

KUALA LUMPUR – Golongan muda dalam PKR yang mempunyai keinginan untuk berlagak seperti ‘hero’ dengan memberikan komen-komen berbaur negatif mengenai pemilihan parti dinasihatkan melupakan sahaja hasrat berkenaan.

Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sebagai orang lama yang telah lebih 20 tahun bersama PKR, beliau berharap generasi kepemimpinan baharu memahami bahawa pemilihan parti adalah hal keluarga.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat itu, walau apapun keputusan pemilihan kelak, parti tetap akan dikenali dengan nama PKR dan calon yang bertanding meskipun menang atau kalah tetap kekal sebagai ahli.

“Saya mahu beri nasihat kepada orang muda dalam PKR bahawa pemilihan parti adalah hal keluarga. Kalau kamu nak jadi juara atau hero untuk sementara waktu, baik lupakan.

“Parti ini telah melalui semua kesusahan sebelum kita dapat memerintah negara dan beberapa negeri. Selepas pemilihan ini, kita tetap masih PKR,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dekat sini, hari ini.


Yang turut hadir ialah calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan, Halimey Abu Bakar.

Xavier mengulas kenyataan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. – UTUSAN ONLINE

Kategori