Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Anggota Forensik IPK Pahang...

KUANTAN - Seorang anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

Tinggal Mayat Kekasih Di...

KUANTAN - Seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj...

1MDB Buat Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membuat bayaran balik dengan penuh...

Kempen ‘Perak Yang Bersih’...

IPOH - Kempen 'Perak Yang Bersih' melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan...

GPS Nafi Ada Wakilnya ‘Lompat’ Masuk PPBM

NAFI… Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa ‘gigit jari’ apabila cubaan jentera mereka sebar mesej tular konon ada wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar parti adalah palsu.

Berita fitnah itu disahkan tidak benar oleh Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg apabila menafikan dakwaan bahawa enam ahli Parlimen mereka ‘lompat’ untuk menyertai PPBM.

Mesej tersebar menerusi media sosial sejak semalam mendakwa kononnya PPBM Sarawak bakal memiliki wakil rakyat tanpa perlu ‘tunggu’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak menjadi tular dalam senario politik negeri itu.

Namun media tempatan melaporkan Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak semasa ditemui pemberita kelihatan langsung tidak mengetahui mengenai perkara ‘panas’ tersebut dan melihat ia hanya berita tidak benar.

“Mana saya tahu dan bagaimana mereka pula tahu? Tidak adalah perkara itu, tidak betul,” katanya ketika diminta mengulas berhubung dakwaan keluar parti itu selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sarawak hari ini.

Pada majlis berlangsung di Universiti Swinburne kampus Kuching itu juga, Abang Johari kemudian diraikan dengan sebuah kek dihidangkan kepada beliau sempena Hari Jadi ke-69 Tahun yang secara kebetulan jatuh pada hari ini.

Semalam tersebar daripada sebuah akaun sosial Facebook dikenali sebagai Parti Pribumi Sarawak (Pribumi) yang turut dirujuk sebagai PPBM memuat naik status enam ahli Parlimen PBB atau GPS bersetuju menyertai mereka.

Bagaimanapun semakan lanjut terhadap laman sosial politik tersebut mendapati akaun parti berkenaan dipercayai mungkin sebagai tidak sahih terutama kandungan bahannya malah baharu sahaja dikesan aktif pada 30 Julai lalu.


GPS diwujudkan pada 12 Jun lalu melibatkan empat komponen parti Barisan Nasional (BN) Sarawak yang bertindak keluar daripada gabungan peringkat pusat setelah catat kekalahan teruk dalam PRU Ke-14 pada 9 Mei sebelum itu.

Ia sekali gus menyaksikan Sarawak tidak jatuh kepada Pakatan Harapan (PH) serta menjadi antara negeri bukan diperintah oleh PH selain Perlis dan Pahang dikuasai BN manakala Kelantan dan Terengganu pula dipegang PAS.

Sementara itu, Abang Johari dipetik Utusan Malaysia berkata bahawa anak muda Sarawak diingatkan agar biijak menggunakan sepenuh masa mereka sebaik-baiknya ketika berpeluang sambung pengajian selepas persekolahan.

“Gunakanlah masa ini, persiapkan diri anda lebih-lebih dalam era baharu ini. Selepas itu, sumbangkan kembali kepada masyarakat di sini,” jelas beliau lagi pada majlis berkenaan. – Agensi/Mynewshub.

* Video ini sekadar hiasan…

Kategori