Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Manifesto Pakatan Hakis Kuasa...

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang membaca sepintas lalu Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14...

Lima Penyamun Kena Cekup

Bukit Mertajam - Lima lelaki berusia 24 hingga 32 tahun dicekup polis di...

Asfan Semakin Cekap Imbang...

SELEPAS kelahiran anak yang ketiga, kehidupan penyanyi Asfan Shah kini sudah berubah yang...

Lawatan Najib Ke Pekan...

BERJIWA RAKYAT... Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman pekarangan Bangunan UMNO...

Guru KAFA Dijamin Tak Ditamatkan Perkhidmatan

PASIR PUTEH – Perkhidmatan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) tidak akan ditamatkan kerana mereka penting untuk memberikan pendidikan agama Islam kepada pelajar sekolah rendah, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Beliau berkata partinya akan mempertahankan jika ada mana-mana pihak yang cuba untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

“Khidmat mereka penting untuk memberikan pendidikan agama peringkat awal kepada murid-murid sekolah rendah termasuk untuk mengenali bacaan Al Quran,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan lebih 300 guru KAFA di sini, hari ini.

Kamaruddin yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan berkata dakwaan sesetengah pihak kononnya perkhidmatan guru KAFA akan ditamatkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hanya andaian bagi memburukkan kerajaan Persekutuan itu.

Bagaimana pun beliau berkata prestasi perkhidmatan setiap guru KAFA akan dinilai bagi membolehkan kontrak perkhidmatan mereka disambung. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

Kategori