Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kejam..! Pak Cik...

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan...Satu rakaman video memaparkan seorang pakcik dibelasah dengan teruk oleh dua...

Beyonce & Jay Z...

Tak berapa lama dahulu, para peminat disogokkan dengan gosip bahawa diva pop dunia,...

KBS Arah Selangor Segera...

KUALA LUMPUR – Kemelut kedegilan kerajaan Selangor mempertahankan slogan kontroversi #KitaLawan untuk kontinjen...

Penduduk Terjejas Banjir Diperak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak...

Hairul Azreen, Ammar Akan Dipanggil Beri Keterangan

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini.

Semalam, Hazani menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.


Sebelum ini Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul mendakwa, ketika kejadian, hanya dia dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan. – BH Online

Kategori