Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Presiden AS Tersandung Ketika...

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS) tersandung ketika menaiki tangga menunju ke Taman Hutan...

VIDEO: Wanita Baju Belang...

SEORANG wanita mendakwa duitnya telah dicuri seorang wanita lain selepas menggunakan mesin deposit wang (CDM)...

Gambar: Baju Jarang,Tak Pakai...

TAK tau malu.. itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang wanita yang selamba mengunjungi...

Warga Australia Kapal Layar...

KUCHING - Seorang warga Australia yang kapal layarnya terdampar di perairan cetek kira-kira...

Hanya 4.1 Juta Terima BSH Pada 15 Ogos

MEROSOT… Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 mulai 15 Ogos ini hanya melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan cuma sebanyak RM1.6 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berdalih, konon pembayaran kecil tersebut dilakukan bagi membantu segelintir rakyat dapat melakukan persiapan bersempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada 22 Ogos.

“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima masing-masing bermula tarikh tersebut. Bagi mereka yang akaun, surat kelulusan akan dan akan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau email kepada [email protected]. BSH sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ia dijenamakan semula dengan jumah penerima turut dikurangkan manakala kategori bujang dihapuskan konon kerajaan baharu menanggung hutang mencecah RM1 trilion diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

Ironi, Guan Eng berdalih BSH adalah bukti Kerajaan Persekutuan tidak mengalami kebankrapan seperti yang didakwa dan sebaliknya masih mampu memberi BSH walaupun tanpa hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Ia walaupun harga minyak antarabangsa naik 42 peratus kepada US$74 setong berbanding anggaran US$52 setong sebelum ini, meskipun janji asal mahu mengurangkan harga tersebut selepas pilihan raya umum. – Mynewshub.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori