KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan harga runcit baharu bagi gula dalam masa terdekat.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ketika ini, kajian sedang dilakukan dan pengumuman akan dibuat selepas kajian itu selesai.
“Berhubung harga gula, satu pengumuman akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan kami akan tunggu pengumuman itu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Khairudin Samad yang meminta kerajaan menyatakan langkah diambil untuk memastikan harga barangan tidak naik apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan 1 September ini. – UTUSAN ONLINE