Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Apa Telah Jadi Dengan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa sudah jadi dengan...

Jean Todt Berharap Schumi...

PRESIDEN Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA) dan juga bekas CEO team Ferrari, Jean Todt...

Gempa Sabah: Penjelasan Ketiadaan...

BANYAK fitnah dan cerita tidak benar kedengaran sejak Sabah dilanda gempa bumi 5.9...

Trump Lawat Kawasan Bina...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump akan melawat satu bahagian pagar sempadan antara Amerika...

Helo Zam! Dah Lama Ke Tak Baca Utusan?

ALAHAI… Bulan lalu, Tan Sri Zainuddin Maidin jadi bahan sinis netizen apabila pujian beliau ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) siar sesi sidang Dewan Rakyat menerusi RTM teruk dikritik.

Kononnya bekas menteri penerangan itu mendakwa bahawa rakyat teruja dengan pembaharuan pentadbiran PH telus beri liputan persidangan Parlimen disiarkan dua jam melalui saluran RTM secara langsung tanpa suntingan.

Walhal, Zainuddin terlupa slot itu sebenarnya sudah lama dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2008 malah mewujudkan saluran TV khas RTM Parlimen yang boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi RTM sendiri.

Tidak hairanlah, ada netizen persoal sama ada beliau sudah lama tidak tonton siaran RTM dek rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu sehingga Pengerusi PH itu kemudian dilantik sebagai perdana menteri.

Itu cerita bulan lepas setelah sebulan sebelum itu, Zainuddin terpalit kontroversi apabila biadab cadang institusi tahfiz ditutup kerana konon ia dijadikan pilihan ibu bapa hantar anak untuk ‘cuci dosa’ mereka masa zaman muda.

Terbaharu, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan era Mahathir itu sekali lagi cetus sensasi apabila tulisan beliau menerusi laman blognya, Zam Kata bertajuk Biarkan Utusan Mati Sendiri ternyata hina akhbar ‘keramat’ tersebut.

Zainuddin menulis bahawa Utusan Malaysia tidak perlu dibunuh kerana ia akan mati dengan sendirinya setelah konon tidak amal ketamadunan kewartawanan dan hanya harap pendapatannya bukan daripada jualan akhbar.

Ini termasuk sumbangan kewangan dari UMNO dan jika parti terbesar Melayu itu tidak biayai kos syarikat Utusan Melayu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, akhbar tersebut didakwa beliau, sebenarnya sudah mati.

Keceluparan Zainuddin yang mesra disapa sebagai Zam itu amat tidak wajar, waima beliau dilihat mungkin cuba ambil kesempatan ekoran usaha kerajaan PH mahu ‘haram’ Utusan Malaysia di semua pejabat awam baru-baru ini.

Padahal Zainuddin sepatutnya bangga dengan akhbar itu yang pernah angkat namanya sebagai ketua editor, tetapi kini beliau tiba-tiba berubah seperti lupa diri dengan syarikat media cetak yang pernah menjadi ‘payungnya’ dahulu.

Dalam tulisannya itu, Zam mendakwa konon edaran jualan bersih harian Utusan Malaysia jatuh dan rakyat makin meluat baca akhbar milik UMNO tersebut apabila beralih kepada media massa lain khasnya portal berita pro-PH.

Baca: PM Tidak Halang Sesiapa Baca Utusan Malaysia

Juga: Tun M Bakal Pilih KP Baharu Utusan Ganti Aziz?

Dan: Akhbar Digital Terlaris Kekal Milik Utusan Malaysia

Bangunan ibu pejabat korporat Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan

Hakikatnya tohmahan itu kurang tepat di sebalik laporan Utusan Malaysia cenderung pro-UMNO, ramai teruja apabila pasca PRU ke-14 menyaksikan akhbar ini balik kepada asas kewujudannya sebagai ‘suara’ rakyat marhaen.

Ini termasuk ada wawancara eksklusif dengan beberapa menteri besar dari negeri-negeri yang dikuasai PH dan PAS selain berita besar melibatkan menteri-menteri kerajaan baharu dan tokoh-tokoh popular dari blok politik tersebut.


Namun, sesuatu yang Zam cuba sorok ialah trend pembaca kini mula beralih arah pula kepada akhbar antikerajaan seperti mana sebelum PRU ke-14 dan memilih Utusan Malaysia semula kerana isi kandungannya tidak ‘bodek’ PH.

Ada wartawan media yang selama ini banyak siar berita pro-PH mengadu jualan akhbar mereka merosot lepas PRU ke-14, manakala rakyat didapati ‘enggan’ tonton berita di RTM, TV3 dan Astro Awani yang jelas amat berat sebelah.

Untuk rekod, jika dilihat data dikeluarkan firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC), trend kemerosotan jualan akhbar memang berlaku tetapi bukan sahaja di Malaysia, sebaliknya luas di seluruh dunia.

Ia bahkan berlaku di negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Jepun apabila ramai pembaca akhbar fizikal bertukar kepada platform digital kerana lebih mudah capaian akses dan lestari alam sekitar.

Keadaan yang sama juga dialami negara ini dan paling menarik, Utusan Malaysia muncul sebagai akhbar elektronik atau e-paper paling laris di Malaysia malah ia dilanggan di seluruh dunia dengan trend positif sejak dua tahun lalu.

Justeru, amatlah pelik apabila Zam mendakwa konon Utusan Malaysia tidak lagi diterima pembaca ternyata palsu dan jauh daripada fakta dikeluarkan pihak ABC sendiri menerusi laporan auditnya yang lebih telus tanpa prasangka.

Sepatutnya Zam sebagai bekas bos editor syarikat Utusan Melayu lebih matang dalam komennya dan wajar ‘berani’ menasihatkan kerajaan PH untuk bersikap profesional dukung kebebasan bersuara ke atas media yang antikerajaan.

Lagipun Mahathir memiliki kepentingan 30 peratus saham dalam Kumpulan Utusan menerusi proksinya dan sejajar dengan semangat Malaysia Baru, apa kata Zam sokong akhbar yang jujur ‘kutuk’ pentadbiran PH. – Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Kategori