Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kg Labuan Diusir,...

Penduduk kampung di Kampung Gersik, Labuan yang akhirnya diusir awal bulan ini, masih...

APMM Kesan Bot Bawa...

KUCHING – Sebuah bot berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa tiga...

Pekerja Bangladesh Maut Dihempap...

LUMUT - Seorang pekerja warga Bangladesh maut akibat dihempap traktor mesin rumput yang...

Singapura, Malaysia Bincang Kerjasama...

SINGAPURA - Singapura dan Malaysia membincangkan keperluan untuk bekerjasama dan meningkatkan usaha bagi...

Henti Kaitkan PPBM Dengan Pemilihan PKR

ALOR SETAR – Sambil menzahirkan rasa kecewa, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berharap supaya kalangan ahli mahu pun kepemimpinan PKR berhenti daripada membangkitkan perkara bukan-bukan yang mengaitkan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH), menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar ketika soal peralihan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah dipersetujui sejak dari awal pembentukan PH.

“Kami (PPBM) tiada kaitan langsung dengan pemilihan dalaman PKR. Jadi saya kecewalah apabila mereka bangkitkan perkara tak sepatutnya.

“Bagi kami peralihan kuasa itu telah termaktub sebagai sesuatu yang telah diterima pakai oleh semua pihak. Jadi kenapa perlu ungkit perkara yang tiada bukti semata-mata bagi membakar semangat untuk meraih undi kepada tokoh tertentu?” soalnya ketika ditemui pemberita selepas selesai sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelah pagi di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Baru-baru ini Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad mendakwa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan cuba memperalatkan pemimpin tertentu dalam PKR sebagai boneka.

Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula yang dikatakan berada dalam kem sama dengan Idris bagi memenangkan Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden mendakwa, Daim menjadi dalang dalam usaha menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Mukhriz dalam pada itu turut mempersoalkan adakah tindakan kalangan jurukempen itu bertujuan untuk menidakkan keyakinan rakyat kepada pihaknya.


“Kita tahu sejarah Mahathir dan Anwar memang bergolak. Tetapi apabila kita bersatu, maka kita telah memenangi hati rakyat dan akibat dari itu, rakyat memberi mandat untuk kita tubuhkan kerajaan.

“Adakah kini kita hendak menidakkan keyakinan rakyat kepada kami? Ini tak sewajarnya berlaku dan tak bolehlah lepas menang, nak timbulkan pula perkara bukan-bukan,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan harapan supaya kalangan ahli dan kepemimpinan Bersatu tidak mencontohi perbuatan segelintir ahli dan kepemimpinan PKR tersebut menjelang pemilihan partinya yang juga akan diadakan tahun ini.

“Saya nak nasihat pun, ini parti orang dan bukannya parti sendiri. Ini soal rumah tangga mereka sendiri, bukan soal kami.

“Tetapi adakah mereka bermaksud jika tokoh selain yang mereka sokong itu menang, maka peralihan kuasa seperti yang dipersetujui sebelum ini akan dibatalkan? Saya tak fikir begitu kerana perkara ini tiada kaitan dengan pemilihan parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori