Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Thailand Dijangka Berdepan Cuaca...

BANGKOK - Thailand dijangka berdepan cuaca panas dengan suhu antara 35 dan 38...

PDRM Cadang Perluas Penggunaan...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang memperluaskan penggunaan sistem E-Reporting iaitu...

Najib Kagum Acara Lelongan...

SEPANG — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan...

Najwa Makin Matang, ‘Jauh’...

SUATU masa dahulu, industri muzik tempatan pernah dilanda 'demam' lagu Cinta Muka Buku...

HFMD: 4 Sekolah, Prasekolah & Tadika Masih Ditutup

SEREMBAN – Kesemua prasekolah dan sekolah, masing-masing sebuah serta dua tadika di negeri ini masih ditutup ekoran penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata prasekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Seremban 2A dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Awfa, Seremban 2 manakala dua tadika terlibat ialah Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Sendayan dan Tadika Perpaduan Taman Bukit Kepayang, kesemuanya terletak di Seremban.

“Hingga hari ini (6 Ogos), jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,868 kes berbanding hanya 594 pada tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 214 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, sebanyak lima taska, tadika dan prasekolah yang ditutup di seluruh negeri.

Beliau berkata taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,299 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (140 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (101 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (58 kes) dan 53 kes di Tampin.


Katanya jumlah kes yang didaftarkan pada minggu ke-32 tahun ini adalah tiga dan kesemuanya di Jelebu. – BERNAMA

Kategori