Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pura-Pura Mengaji Sebelum Curi...

IPOH - Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikian...

Emir Qatar Tiba Untuk...

SEPANG - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan...

800,000 Rokok Putih Seludup...

KLUANG: Sebanyak 800,000 batang rokok putih tanpa cukai dirampas oleh Pasukan Batalion Lima...

Konflik Gajah Susulan Kawasan...

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menganggarkan kini...

Hospital Umum Myanmar Hangus, 60 Pesakit Dipindah

YANGON – Sekurang-kurangnya 60 pesakit terpaksa dipindah, apabila sebuah hospital terbakar di sini, hari ini, memaksa kakitangan memindahkan pesakit diatas katil dan kerusi roda, kata pasukan penyelamat.

Jurucakap hospital berkata, setakat ini tidak ada laporan kematian atau kecederaan akibat kebakaran yang bermula dari sebuah bilik di jabatan kanser hospital umum.

Asap dilihat naik dari bangunan zaman penjajah itu yang terletak di pusat bandar. Petugas kecemasan bertindak memindahkan kelengkapan perubatan sementara kakitangan lain menunggu di koridor sebaik saja bekalan elektrik terputus.

Petugas kecemasan, Thet Lin berkata, kira-kira 60 pesakit terpaksa dipindahkan menggunakan katil dan kerusi roda dari wad.


“Kebakaran bermula sebuah bilik kosong dari jabatan kanser. Saya masih belum dapat apa-apa maklumat kematian atau kecederaan dalam laporan awal,” kata ketua kakitangan jabatan perkhidmatan, Ye Htut kepada Reuters menerusi telefon.

Htut berkata, pasukan bomba masih belum mengetahui punca sebenar kebakaran. – Reuters

Kategori