Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Program PATI Secara Dalam...

KUALA LUMPUR - Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin (PATI) secara...

Bas Gerak Guna Tenaga...

LONDON - Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah...

Hebat… Bawa Anak Naik...

TATKALA ramai yang mengecam lelaki ini kerana membahayakan dua anaknya, ada juga yang memujinya...

Bertudung Jangan Sebab Trend,...

PELAKON berketurunan Cina yang sudah lapan tahun memeluk agama Islam, Adam Corrie Abdullah,...

Ibu Tunggal Disamun Dan Dirogol

KOTA KINABALU – Seorang ibu tunggal disamun dan dirogol di kawasan semak di Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan diturunkan oleh rakannya di Jalan Sulaman dan berjalan pulang ke rumah seorang diri sebelum ditegur oleh seorang lelaki menunggang motosikal namun tidak diendahkan.

“Tidak lama selepas itu, lelaki itu datang semula bersama tiga lelaki menaiki dua motosikal lalu menahan dan membawa mangsa ke kawasan semak.

“Mangsa cuba melawan namun seorang daripada suspek mengacu sebilah pisau ke leher mangsa dan memintanya tidak membuat bising,” katanya.

Sumber berkata, seorang daripada suspek kemudian merogol mangsa manakala rakan suspek memegang sambil melihat mangsa dirogol.


“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan semua suspek kemudian melarikan diri bersama beg berisi dokumen penting, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan masih diteruskan dan polis sedang mengesan semua suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori